Ditengah malam ini ak tidak dapat melelapkan mata lagi. Umi dan adik sudah lena diulit mimpi yang indah. Mereka memang sentiasa sleeping beauty. Haih mase tengah baring-baring tadi, ak sempat la berangan itu ini. Ecewahh but then, ak tetibe teringat tentang satu agenda yang bakal berlaku bila bukak sch nanti. Ak harap agenda tu takan berlaku. Takan ade sesiapa ingat. Takan ade sesiapa ingatkan mereka. Takan ade sesiapa yang sakit hati. Yes, itu agenda yang paling kejam. Paling dahsyat. Paling melukakan. Dan boleh membawa kepada perpecahan hubungan persahabatan. Bukan itu sahaja, cikgu pun terlibat sekali. Bila difikirkan balik, ini kerja orang yang tidak matang. Ye, budak-budak. Kalau ak katakan kepada mereka yang perangai mereka tidak ubah seperti kanak-kanak, ak tahu diorang akan bash ak. Oh tidak mengapa asalkan ak tidak terlibat dan ak taknak terlibat. Demi untuk berlaku adil, ak tidak mahu terlibat dalam ape-ape agenda lepas ni. Kalau boleh ak nak hindarkan diri dari mereka tapi tidak boleh kerana mereka sahabatku. Sukar untuk ak menjelaskan kepada mereka perkara sebenar kerana ak tau mereka tidak akan faham ape yang ingin disampaikan. Mereka tidak rase cikgu jemu ke bila dapat tau hal ini? Sebab dari tingkatan dua lagi ak perasan yang cikgu tak habis-habis dengar cerita, menyelesaikan kes kitorang sahaje. BATCH 96. Ak rase malu. Mereka marah bila orang kutuk, bila orang perli mereka tapi mereka tidak sedar yang kutukan dan perli itu untuk menyedarkan mereka bahawa itu tanda "JANGAN BUAT LAGI" Mereka tidak faham kerana budak-budak belum matang. Bebudak baru nak up memang cenggitu. Tapi dah tingkatan 4 la. Dah boleh fikir. Mane baik, mane buruk. Kalau Allah nak tunjuk perkara sebenar, Allah tunjuk jugak. Kenape perlu berdendam? Kenape perlu berbalas balik? Takperlu semua tu. Kita hanya perlu berdoa dan berserah kepada Tuhan je. Yang dah lepas tu biarla lepas. Sape suruh buat masalah kalau dah tau orang tu jenis yang straight tentang hukum-hukum agame ni? Sape suruh tak jage maruah diri? Sape suruh buat maksiat kalau taknak kene kutuk, perli? Sape suruh tak tutup aurat bila keluar? Sape suruh kutuk orang sedangkan awak tak suka orang kutuk awak? SAPE SURUH.....................? Ak begitu berharap agar perkara ini tidak akan berlaku. Ak ingin menyelamatkan "mangsa keadaan" itu tapi apakan daya. Ak tau risiko yang bakal tiba, jadi ak diamkan diri je la. InsyaAllah semua akan selesai :-)
Sincerely,
Mrs. W